MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH KECEMERLANGAN ALUMNI
3 DISEMBER 2022
Assalamualaikum wbt dan Salam Seabad Suluh Budiman
Alhamdulillah pada petang yang indah ini saya bersama sahabat Alumni dan sahabat UPSI dalam Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Alumni UPSI.
Wahai adik-adik,
Ingat apabila kalian berjaya,
Jangan lupa pada Mak Ayah,
Jangan lupa pada Keluarga,
Jangan lupa pada Universiti,
Kejayaan yang amat manis ini.
Wahai adik-adik,
Anugerah yang kalian terima ini,
Adalah kehebatan dari Mak Ayah kalian,
Mendidik kalian sehingga berjaya pada hari ini.
Terima kasih dan Tahniah kepada penerima Anugerah Alumni.
Banggalah adik-adik,
Kalian dapat bersama dengan tokoh ternama,
Menerima anugerah tokoh ternama ini,
Kerana sayang, luhur dan cinta beliau kepada UPSI,
Bangga Bumi Muallim,
Bangga UPSI.
Terima kasih diucapkan kepada Alumni UPSI, Pusat Alumni UPSI, Sahabat UPSI, dan adik-adik UPSI dalam menjayakan sesi bermakna.





