Kampung Telaga Air – Majlis Khatan Madani secara beramai-ramai yang bermakna telah diadakan di Klinik Kesihatan Telaga Air, seramai 27 peserta terdiri daripada pelbagai suku kaum termasuk Melayu, Iban dan Bidayuh. Program ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS) dengan mendapat sentuhan istimewa dengan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Hafsah Harun, seorang tokoh masyarakat tempatan yang terkenal dengan penglibatan aktifnya dalam program-program kebajikan Rakyat.

Majlis yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kesihatan dan kesejahteraan di kalangan kanak-kanak di Kampung Telaga Air ini berjalan lancar dengan penyertaan 27 peserta yang mewakili berbagai keluarga dalam masyarakat. Menurut Dr. Ishak Johari, prosedur berkhatan dijalankan dengan teliti oleh pasukan perubatan yang terlatih di bawah bimbingan Pegawai Perubatan Dr. Mohd Sulaiman Roslan dibantu oleh Penolong Pegawai Perubatan Encik Shamsul Osman dan Encik Fadzli Latip yang bertugas di klinik kesihatan KK Telaga Air.

Dato’ Seri Hafsah Harun dalam ucapan rasminya menyatakan kegembiraannya kerana melibatkan diri dalam acara yang membawa manfaat besar kepada komuniti setempat. Selain itu, Dr. Ishak pula menekankan kepentingan kesihatan dan kebersihan dalam pembangunan sesebuah masyarakat serta memberikan dorongan kepada peserta untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Turut hadir Pengerusi, PKKPS Dr. Ishak Johari, Ketua Cabang Keadilan Santubong, Ahmad Nazib Johari. Majlis kali ini mendapat sumbangan dana dari tokoh korporat projek CSR sebuah syarikat yang komited terhadap tanggungjawab sosial korporat. Ucapan terima kasih diberikan kepada syarikat tersebut atas sokongan mereka yang berterusan terhadap program-program kebajikan dalam komuniti.

Hadir bersama Penghulu Kampung Telaga Air, Haji Morshidfi Johari, Ketua kaum Zaini Haji Tanggek, Imam Husaini Bujang dan Imam Wan Anuar Wan Hadenan. Majlis berkhatan ini tidak hanya mencapai matlamatnya untuk memberikan manfaat kepada peserta, tetapi juga mencipta satu platform yang memupuk semangat gotong-royong dan kebersamaan di Kampung Telaga Air. Dr. Ishak menegaskankan kejayaan majlis ini turut mencorakkan model kebajikan yang boleh diadopsi oleh komuniti lain, dengan menyatukan unsur-unsur ketuhanan, kesihatan, dan kerjasama korporat dalam satu peristiwa bermakna.

By pkkps

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *