KUCHING, 9 November – Pertubuhan Kepimpinan dan Keterbilangan Pelajar Sarawak (PKKPS) telah menerima sumbangan peruntukan Kerajaan Negeri daripada YB Datuk Seri Idris Buang yang merupakan Speaker DUN Sarawak dan ADUN N16 Muara Tuang. Sumbangan disampaikan oleh Pembantu Khas Beliau Saudara Mohd Hasfia Abdullah di Pejabat Kawasan pada petang Rabu. Pengerusi PKKPS, Dr. Ishak Johari dan Setiausaha Saudara Raini Kasim menerima sumbangan tersebut bagi pihak PKKPS. Beliau menyatakan sumbangan kali ini adalah untuk Program Tuisyen Perpaduan Rakyat Sarawak di mana peruntukan ini dimohon oleh PKKPS pada awal Januari yang lalu.